Impian Pertama Make-A-Wish®



Seperti kanak-kanak sebaya dengannya, Christopher James Greicius bercita-cita menjadi seorang anggota polis apabila dewasa nanti. Apabila Chris menghidap leukemia, ibu Chris berazam menunaikan hajatnya, dan mendapat sokongan pegawai-pegawai Jabatan Keselamatan Awam Arizona (DPS) untuk membantu menjayakan impian Chris ini.

29 April 1980 merupakan hari istimewa untuk Chris, dimana helikopter DPS menjemput Chris dari rumahnya. Chris diberi gelaran anggota kehormat DPS, dan diberikan pakaian seragam yang ditempah khas. Chris digelar “Bubble Gum Trooper” oleh rakan-rakan barunya, dan dianugerahkan lencana sayap motosikal.

Chris begitu bangga menjadi anggota polis, dan meminta supaya pakaian seragam dan memorabilia lain dipaparkan di dalam bilik hospitalnya. Chris meninggal dunia tidak lama selepas itu, tetapi harapan, kekuatan dan kegembiraan yang telah diberikan kepada Chris memberi impak yang mendalam kepada mereka yang menunaikan hajat beliau. Ini mengilhamkan penciptaan Chris Greicius Make-A-Wish Memorial, yang kemudiannya dikenali sebagai Make-A-Wish® Foundation.

Hari ini, Make-A-Wish® telah berkembang kepada lebih 60 cawangan di Amerika Syarikat dan menunaikan impian kanak-kanak di hampir 50 buah negara di seluruh dunia.

Make-A-Wish® Malaysia

Bahasa Malaysia version may be found here . Inspired by her time spent volunteering with the foundation in the United States, Sandra Kirwan decided to bring the world’s largest wish-granting organisation, Make-A-Wish®, to Malaysian shores. ...

Financial Statements

Make-A-Wish® Malaysia is a self-supported non-governmental organisation. We rely on fundraising events and donations to enable us to continue our operations. Our financial year ends 31st December and each year our financial accounts are audited by an ...

Back to “About Us” summary page