• About Us
    • Make-A-Wish® Malaysia
  • Board Of Directors
  • New Project
  • Our Team
  • Financial Statements
  • Our Partners
  • Wishes
    • Wish Gallery
    • Wish Process
  • Donate
  • Get Involved
    • Volunteer
    • Community Involvement
    • School Involvement
    • Corporate Involvement
  • Employment
    • Hiring
    • Intern
  • Media

Misi:

Kami memenuhi hasrat dan impian kanak-kanak yang menghidapi penyakit yang mengancam nyawa untuk memperkayakan pengalaman hidup dengan memberi harapan, kekuatan dan transformasi.


Nilai teras:

Tumpuan kanak-kanak, Inovasi, Integriti, Impak, Komuniti


Di Malaysia, terdapat lebih 20,000 kanak-kanak yang menghidapi penyakit kritikal. Tumpuan dan tenaga mereka hanyalah untuk mengatasi penyakit yang dihidapi, dengan itu membelakangkan impian, harapan dan cita-cita mereka.


Dengan menunaikan hasrat mereka, Make-A-Wish Malaysia memberi peluang kepada kanak-kanak dan keluarga untuk meluangkan masa bersama-sama, membina memori manis dan memberi mereka harapan dan kekuatan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.


Denagan bantuan sukarelawan dan penyokong di Malaysia dan seluruh dunia, ia adalah misi Make-A-Wish untuk memberi kanak-kanak ini pengalaman yang istimewa dan bermakna.



Impian Pertama Ditunaikan di Malaysia: Aqilah Terbang Tinggi!





Dari kecil, Aqilah (yang menghidapi rhabdomyosarcoma, iaitu kanser tisu sarcoma) bermimpi dan bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari Make-A-Wish Malaysia bersama-sama dengan sokongan Malaysia Airlines Service (MAS) dan Pelangi Beach Resort Langkawi berazam untuk menunaikan hasrat gadis yang berumur sembilan tahun ini. Impian Aqilah merupakan impian pertama Make-A-Wish Malaysia.


Pengalaman Aqilah bermula di Akademi Malaysia Airlines, di mana Aqilah diberi peluang mencuba MH Mock Flight Simulator dan melawat akademi itu. Kemudian, Aqilah dihadiahkan sepasang pakaian seragam pramugari MAS yang ditempah khas sebelum menaiki pesawat MAS ke Langkawi, di mana Aqilah dan keluarga menginap di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa.


“Bagi keluarga kami, impian ini memberi kami peluang meluangkan masa bersama-sama sebagai sebuah keluarga Aqilah pasti akan menghargai kenangan ini untuk sepanjang hidupnya. Kami amat menghargai jasa Make-A-Wish dan berterima kasih untuk segala usaha dalam menunuaikan impian Aqilah.”- Keluarga Aqilah.


Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysia Airlines Service (MAS) dan Pantai Pelangi Resort Langkawi atas sokongan mereka menjadikan impian Aqilah sebuah kenyataan, dalam membuat hasrat Aqilah menjadi kenyataan.



Total wishes granted todate: 619




Privacy Policy
FAQ
Newsletter