Misi Kami
Misi
Bersama-sama, kami mewujudkan impian yang mengubah hidup kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.
Visi
Untuk menunaikan impian setiap kanak-kanak yang layak
Dasar
Tumpuan Kepada Kanak-kanak, Inovasi, Integriti, Impak dan Komuniti
Ia bermula dengan satu impian.
Semuanya bermula pada tahun 1980 di Arizona, ketika Chris Greicius berumur 7 tahun, dan menghidap leukemia, ingin menjadi pegawai polis untuk melindungi dan menyelamat nyawa orang lain. Chris tidak sangka bahawa impiannya akan memberi inspirasi kepada penubuhan yang akan mengubah berjuta-juta kehidupan di seluruh dunia. Sejak itu Make-A-Wish telah menunaikan lebih 500,000 impian di seluruh dunia, untuk kanak-kanak yang sakit kritikal di hampir 50 negara di 5 benua melalui 39 Ahli Gabungannya.
Make-A-Wish Malaysia telah bekerjasama dengan hospital terpilih sejak 2010, membawa pengalaman impian dan mengubah hidup kanak-kanak yang kritikal di Semenanjung dan Malaysia Timur. Dengan setiap impian, kami membawa kekuatan dan inspirasi baru kepada kanak-kanak dan keluarga yang kami temui.