Misi Kami
Misi
Bersama-sama, kami mewujudkan impian yang mengubah hidup kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.
Visi
Untuk menunaikan impian setiap kanak-kanak yang layak
Dasar
Tumpuan Kepada Kanak-kanak, Inovasi, Integriti, Impak dan Komuniti
Ia bermula dengan satu impian.
Semuanya bermula pada tahun 1980 di Arizona, ketika Chris Greicius berumur 7 tahun, dan menghidap leukemia, ingin menjadi pegawai polis untuk melindungi dan menyelamat nyawa orang lain. Chris tidak sangka bahawa impiannya akan memberi inspirasi kepada penubuhan yang akan mengubah berjuta-juta kehidupan di seluruh dunia. Sejak itu Make-A-Wish telah menunaikan lebih 500,000 impian di seluruh dunia, untuk kanak-kanak yang sakit kritikal di hampir 50 negara di 5 benua melalui 40 Ahli Gabungannya.
Make-A-Wish Malaysia merupakan ahli gabungan Make-A-Wish International, sebuah organisasi yang mempunyai rangkaian terbesar di dunia dalam merealisasikan impian kanak-kanak. Berpegang pada misi yang sama untuk membawa lebih banyak impian menjadi kenyataan bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal di seluruh dunia, kami percaya bahawa setiap impian mampu memberi kekuatan kepada kanak-kanak untuk terus melangkah melangkaui cabaran yang mereka hadapi. Impian juga mampu memberi kekuatan kepada keluarga dalam menghadapi kebimbangan mereka, di samping menyatukan masyarakat untuk menyemai harapan, membina kekuatan dan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak serta insan tersayang mereka. Paling penting, kami percaya bahawa sebuah impian mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang kanak-kanak, memberikan kekuatan emosi sepanjang perjalanan rawatan mereka dan menyemarakkan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Make-A-Wish Malaysia telah bekerjasama dengan hospital terpilih sejak 2010, membawa pengalaman impian dan mengubah hidup kanak-kanak yang kritikal di Semenanjung dan Malaysia Timur. Dengan setiap impian, kami membawa kekuatan dan inspirasi baru kepada kanak-kanak dan keluarga yang kami temui.